Thursday, January 21, 2010

PULAU KECIL YANG MENGGAMIT


22 DISEMBER 2009

Hidangan telah tersedia sejurus aku dan sahabat yang lain selesai menunaikan solat subuh secara berjamaah diimamkam Habib Hasan sendiri. Makanan tradisional melayu yang desediakan termasuklah murtabak, nasi briyani,rendang ayam dan banyak lagi begitu enak sehingga aku terpaksa menggunakan beberapa biji pinggan untuk menikmatinya begitu juga rakan taulan aku yang lain. Layanan yang diberi oleh pihak Masjid Ba’alawi begitu mengharukan aku bermula dari bilik tidur berhawa dingin hinggalah kepada sajian yang lazat dan sedap. Sesekali terlintas di benak mindaku betapa mereka begitu meraikan tetamu yang singgah dan bermalam di tempat ini hingga membuatkan aku terkadang terasa malu dengan layanan ala tetamu vip ini.

Pejabat Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS) menjadi destinasi kami berikutnya. Kami disambut mesra oleh mufti Singapura sendiri beserta beberapa pegawai berkaitan setibanya kami di sana. Beliau membawa kami mengelilingi bangunan MAIS yang serba baru dan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan bangunan Jakim yang terdapat di Putrajaya. Kami kemudiannya dibawa ke dewan khas bagi sesi perbincangan mengenai situasi umat Islam di Singapura pada hari ini dan persoalan mengenai perkembangan dakwah di sini. Habib Isa Bin Semit iaitu mufti Singapura merupakan agamawan yang disegani dan dihormati di Singapura bahkan di Malaysia juga beliau dikenali ramai sebagai tokoh Islam. Kami dijamu dengan pelbagai kuih-muih dan beberapa hidangan tempatan yang tidak pernah aku ketemui di Malaysia.

Selesai berdiskusi di pejabat MUIS, kami dibawa pula melawat ke Malay Village yang memaparkan budaya masyarakat melayu dan tokoh-tokoh melayu yang disegani sepanjang zaman. Aku teringat akan papatah melayu yang berbunyi gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggakan belang, manusia mati meninggalkan nama, semasa mengunjungi tempat ini. Biodata dan perjalanan hidup beberapa tokoh melayu diabadikan di sini sebagai kenangan dan peniup semangat kepada pelawat yang mengunjungi tempat ini. Banyak juga pelajaran yang aku perolehi disini.


Setelah penat menimba ilmu dan pengetahuan di pejabat MUIS dan Malay Village, tibalah masa yang ditunggu-tunggu terutama sekali oleh golongan hawa iaitu membeli-belah. Kami dibawa oleh Pak Din iaitu pemandu pelancong khas yang disediakan oleh pihak Masjid Ba’alawi ke tempat membeli-belah yang agak terkenal di Singapura iaitu Mustofa Center. Di sini terdapat pelbagai barangan berupa cenderamata dan pakaian yang boleh didapati dengan tawaran harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan pusat membeli-belah lain di Singapura. Kos hidup di Singapura begitu tinggi jika dibandingkan dengan Malaysia, justeru tidak hairanlah harga barangan yang ditawarkan di sini lebih mahal berbanding di Malaysia. Aku hanya membeli sedikit cenderamata untuk sanak saudara dan rakan taulan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget