Tuesday, June 14, 2011

KOTA KITA WAJAH KITA

Dekat di Mata Dekat di Hati

Sepanjang penulis membesar dan menetap di Kota Bharu hampir suku abad, penulis dapat melihat perkembangan, perubahan, transformasi, evolusi dan revolusi bandar ini yang terjadi mengikut acuan, adunan, olahan dan gubahan kita yang tersendiri.

Perbezaan politik tidak membantutkan pembangunan KB juga tidak memecahbelahkan penduduk kota ini. Kita tetap membangun dengan cara sendiri walaupun dengan agak perlahan namun kita ada keunikan yang tiada di kota @ bandar lain. Kita sedang merangkak, berjalan, berlari dan seterusnya memecut ke arah kemajuan yang seimbang dan harmoni.

Sebuah kota yang hebat bukan hanya megah pada bangunan, lebuhraya dan sistem semata-mata tetapi jati diri sesebuah kota itu memainkan peranan terpenting dalam mengkategorikan kehebatan sesuatu kota. Terdapat beberapa kota dunia yang terkenal dengan penampilan dan imej mereka yang tersendiri. Misalnya kota Paris yang terkenal sebagai Kota Cinta dan juga Kota 1000 gereja yang terdapat di Manado, Indonesia.

Di Malaysia pula, Kuala Terengganu, juga dikenali sebagai kota@ bandaraya warisan pesisir air dan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Kota Bharu sedang mempergiatkan usaha ke arah mencapai bandaraya Islam sepenuhnya pada tahun 2015. Usaha bandar ini ke arah mencapai wawasan tersebut harus digagasi oleh semua lapisan penduduk kota ini. Sekarang ini, terdapat beberapa penampilan ketara ke arah mencapai status bandaraya penuh.

Antara ciri-ciri yang terdapat di Kota Bharu :


  • Senibina yang melambangkan Al-Quran sebagai rujukan utama.
  • Meng-arusperdanakan tulisan Jawi ke serata tempat.

  • Bangunan senibina Moorish dan berkubah.
  • Program-program agama sentiasa dijalankan.
Begitulah sedikit-sebanyak yang dapat penulis kongsikan tentang sebuah kota yang dekat di mata dan dekat di hati penulis. 


"KOTA KITA WAJAH KITA"

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011

TERENGGANU  vs KELANTAN

Adat pertandingan ada kalah ada menang, ada juara ada naib juara. Piala FA edisi kali ini lebih memihak kepada pasukan Terengganu dalam pertarungan sengit yang mengheret ke masa tambahan. Penulis yg merupakan penyokong tegar Red Warriors tetap berpuas hati dgn perjuangan yg telah disajikan oleh skuad Kelantan malam tadi, cuma nasib tidak menyebelahi kita untuk edisi kali ini.

Tahniah diucapkan buat pasukan Trengganu yang telah membawa pulang trofi kejayaan buat kali kedua dalam sejarah piala FA dan Piala FA ini akan disimpan oleh pasukan Terengganu sebagai kenangan terindah kerana piala ini tidak akan digunakan lagi. Buat makluman semua, mulai tahun depan piala yang baru akan dihasilkan bagi perlawanan untuk tahun-tahun seterusnya.

Mengulas tantang perlawanan malam tadi, penulis menyimpulkan kedua-dua pasukan menunjukkan satu pertarungan yg sengit dan menghiburkan terutama di tengah babak perlawanan. Namun ternyata pasukan yg lebih berhati-hati layak menjuarai piala.

Walaubagaimanapun, aksi dan perjuangan Kelantan belum padam. Peluang masih terhidang dalam merebut kejuaraan Liga Super yg mana Kelantan sdg mendahului semasa post ini sdg ditulis. Kelantan juga bakal menyaingi pasukan lain dalam merebut Piala Malaysia yg telah dimenangi Kelantan tahun lepas.

TAHNIAH SANG PENYU...SYABAS SANG KIJANG

Islamic Widget