Tuesday, June 14, 2011

KOTA KITA WAJAH KITA

Dekat di Mata Dekat di Hati

Sepanjang penulis membesar dan menetap di Kota Bharu hampir suku abad, penulis dapat melihat perkembangan, perubahan, transformasi, evolusi dan revolusi bandar ini yang terjadi mengikut acuan, adunan, olahan dan gubahan kita yang tersendiri.

Perbezaan politik tidak membantutkan pembangunan KB juga tidak memecahbelahkan penduduk kota ini. Kita tetap membangun dengan cara sendiri walaupun dengan agak perlahan namun kita ada keunikan yang tiada di kota @ bandar lain. Kita sedang merangkak, berjalan, berlari dan seterusnya memecut ke arah kemajuan yang seimbang dan harmoni.

Sebuah kota yang hebat bukan hanya megah pada bangunan, lebuhraya dan sistem semata-mata tetapi jati diri sesebuah kota itu memainkan peranan terpenting dalam mengkategorikan kehebatan sesuatu kota. Terdapat beberapa kota dunia yang terkenal dengan penampilan dan imej mereka yang tersendiri. Misalnya kota Paris yang terkenal sebagai Kota Cinta dan juga Kota 1000 gereja yang terdapat di Manado, Indonesia.

Di Malaysia pula, Kuala Terengganu, juga dikenali sebagai kota@ bandaraya warisan pesisir air dan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Kota Bharu sedang mempergiatkan usaha ke arah mencapai bandaraya Islam sepenuhnya pada tahun 2015. Usaha bandar ini ke arah mencapai wawasan tersebut harus digagasi oleh semua lapisan penduduk kota ini. Sekarang ini, terdapat beberapa penampilan ketara ke arah mencapai status bandaraya penuh.

Antara ciri-ciri yang terdapat di Kota Bharu :


  • Senibina yang melambangkan Al-Quran sebagai rujukan utama.
  • Meng-arusperdanakan tulisan Jawi ke serata tempat.

  • Bangunan senibina Moorish dan berkubah.
  • Program-program agama sentiasa dijalankan.
Begitulah sedikit-sebanyak yang dapat penulis kongsikan tentang sebuah kota yang dekat di mata dan dekat di hati penulis. 


"KOTA KITA WAJAH KITA"

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011

TERENGGANU  vs KELANTAN

Adat pertandingan ada kalah ada menang, ada juara ada naib juara. Piala FA edisi kali ini lebih memihak kepada pasukan Terengganu dalam pertarungan sengit yang mengheret ke masa tambahan. Penulis yg merupakan penyokong tegar Red Warriors tetap berpuas hati dgn perjuangan yg telah disajikan oleh skuad Kelantan malam tadi, cuma nasib tidak menyebelahi kita untuk edisi kali ini.

Tahniah diucapkan buat pasukan Trengganu yang telah membawa pulang trofi kejayaan buat kali kedua dalam sejarah piala FA dan Piala FA ini akan disimpan oleh pasukan Terengganu sebagai kenangan terindah kerana piala ini tidak akan digunakan lagi. Buat makluman semua, mulai tahun depan piala yang baru akan dihasilkan bagi perlawanan untuk tahun-tahun seterusnya.

Mengulas tantang perlawanan malam tadi, penulis menyimpulkan kedua-dua pasukan menunjukkan satu pertarungan yg sengit dan menghiburkan terutama di tengah babak perlawanan. Namun ternyata pasukan yg lebih berhati-hati layak menjuarai piala.

Walaubagaimanapun, aksi dan perjuangan Kelantan belum padam. Peluang masih terhidang dalam merebut kejuaraan Liga Super yg mana Kelantan sdg mendahului semasa post ini sdg ditulis. Kelantan juga bakal menyaingi pasukan lain dalam merebut Piala Malaysia yg telah dimenangi Kelantan tahun lepas.

TAHNIAH SANG PENYU...SYABAS SANG KIJANG

Wednesday, May 11, 2011

HArApAn & iMPiaN



Setiap dari kita yang bergelar insan mustahil untuk tidak menyimpan sebarang hajat, harapan mahupun sekurang-kurangnya impian. Apa beza harapan dan impian? kedua-dua kalimah ini membawa maksud yang hampir sama iaitu keinginan kita, cuma penulis rasa harapan merupakan keinginan hati yang lebih utama berbanding impian.Dengan kata lain, kita lebih bersungguh dalam mengejar dan merealisasikan harapan kita sementara impian pula lebih kepada suatu keinginan atau cita-cita yang lebih bersifat ke arah khayalan atau imaginasi semata-mata tanpa usaha yang lebih teguh berbanding maksud harapan. Ini hanya justifikasi penulis sahaja.

Beberapa minggu kebelakangan ini, penulis agak disibukkan dan menyibukkan diri dengan pelbagai tugas. Sementelah penulis baru sahaja menjalani Praktikum (latihan keguruan) baru-baru ini disamping tugasan-tugasan di institut dan tugasan peribadi yang lain. Sudah sepurnama lebih penulis tidak meng'up-date' blog. Kali ini ingin diri ini mencuri masa menabur kata dalam bentuk taipan dengan sedikit pengetahuan dan keizinan dari Yang Mencipta. InsyaAllah mendapat redha dariNya.

Sengaja penulis mengutarakan kalimah harapan dan impian sebagai set induksi pada perenggan awal dan sebagai tajuk bagi entry kali ini sebagai mengaitkan dengan peranan doa. Walau apa pun perkataan yang digunakan samada harapan, impian, hajat, keinginan hatta dalam bahasa dan dialek apa sekalipun, doa merupakan jalan kepada segala perkataan yang disebutkan itu di samping usaha semampu upaya yang telah dikerahkan. Doa merupakan senjata yang paling ampuh dan perisai yang paling kebal dalam kehidupan seharian kita di muka bumi ini. Kita tidak pernah tidak ada apa-apa kerana kita sentiasa dibukakan pintu rahmat seluas-luasnya. Pintu doa tidak pernah ditutup selagi mana kita bernama Muslim dan mengesakan Allah. 

Doa kita sebenarnya tidak pernah tidak dimakbulkan Allah. Ini kerana apabila kita terlintas untuk berdoa, maka Allah telah memberi peluang kepada kita untuk doa kita dimakbulkan. Allah memakbulkan doa dalam pelbagai cara, cuma kita kadang-kala mengatakan doa tidak dimakbulkan sedangkan Allah mengetahui yang terbaik buat kita. Penulis pernah mendengar seorang ustaz memberitahu bahawa Allah memakbulkan doa kita dengan 3 cara seperti di bawah:
1- Allah memakbulkan doa sebagaimana yang dipinta.
2- Allah memberikan sesuatu yang lebih baik drpd apa yang dipinta.
3- Allah menangguhkan doa kita di dunia dan memberi ganjaran di akhirat yg tiada tolok bandingnya.

Penulis mengharap dan mendoakan kita semua dikurnaiakan terhadap apa sahaja harapan dan impian yang diinginkan selagi tidak menyalahi syariat. Penulis juga memohon kalian yang sudi melawat blog ini mendoakan penulis mencapai apa yang dihajati. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu akan diperbaiki lagi di masa hadapan.

(“Bermimpilah, maka Allah akan memeluk mimpi-mimpimu”)- Laskar Pelangi

    # selesa guna "penulis" plak....hehe         
       -pasni nk gna ape plak??-

Monday, February 7, 2011

Bandar Tok Kenali ( Kubang Kerian )

Kota kelahiran Ulama


Dulu pernah saya postkan di blog ini tentang seorang ulamak ulung nusantara iaitu Tok Kenali..
Kali ini, ingin pula saya memperkenalkan sejarah tempat kelahiran beliau pula yang bernama Kampung Kenali dan kini lebih dikenali sebagai Kubang Kerian.

Peta di atas menunjukkan dimana letaknya kota kelahiran Tok Kenali @ Kubang Kerian. Bandar ini terletak di dalam jajahan Kota bharu di samping bandar- bandar lain seperti Pusat Bandar KB, Pengkalan Chepa dan Ketereh seperti yang tergambar di atas.

Pernah diceritakan, suatu masa dulu, Allahyarham Tok Kenali pernah berkata desa ini akan membangun dengan pesat dan bakal menjadi sebuah kota besar suatu masa nanti. Beliau merujuk kepada Kampung kelahiran beliau sendiri iaitu Kubang Kerian. Ternyata telahan beliau menjadi kenyataan apabila hari ini dapat dilihat pembangunan yang pesat sedang melanda Kubang Kerian. Harga tanah semakin melambung, kondominium dan apartmen rancak dibangunkan, blok-blok baru kedai pejabat dibina ibarat cendawan tumbuh lepas hujan sekaligus dijadikan sebagai bandar satelit kepada Bandar Kota Bharu.

ANTARA PEMBANGUNAN "SEPERTI YG DIUNGKAP TOK KENALI"

Masjid Sultan Yahya Petra


Hospital Universiti Sains Malaysia


Lot-lot kedai pejabat


Mydin Mall Kubang Kerian


Anjung Vista Apartment ( dalam pembinaan )


RFC cawangan Kubang Kerian


Istana Negeri


KK Square
&
pelbagai lagi projek pembinaan pembangunan...:-)


Sebahagian pemandangan Kubang Kerian


SEMOGA KEBERKATAN ULAMA' TERUS MELINGKARI PEMBANGUNAN
"SEIMBANG JASADI DAN RUUHI"

Thursday, January 20, 2011

NYAMUK, NAMRUD & AEDES

Al-kisah nyamuk…
Nyamuk adalah sejenis serangga yg mempunyai sepasang kepak, susuk tubuh yg langsing dan 6 kaki panjang yang halus….Ia boleh dikategorikan dikalangan haiwan yang kecil.
Begitupun nyamuk merupakan diantara haiwan yg boleh membawa kemusnahan dengan izin Allah. Nyamuk sejak dulu lagi membawa pelbagai penyakit sehingga membawa kepada kematian. Begitulah keadaanya nyamuk yg begitu kecil tetapi diberi keistimewaan oleh Allah sebegitu rupa. Jikalau manusia hebat pada akalnya, nyamuk pula hebat dengan kemampuannya yg telah terbukti sejak di zaman nabi Ibrahim dan Namrud sehinggalah ke hari ini dengan pelbagai penyakit bawaan nyamuk.

                                                                      kota babel di zaman namrud

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31)     Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”
    Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”
    Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.
 Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.
    Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT.  Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.
Hari ini nyamuk yang paling popular adalah nyamuk AEDES. Nyamuk jenis ini telah membawa virus yang boleh menyebabkan demam denggi sehingga boleh membawa maut dan kesan yang teruk.


Langkah pencegahan nyamuk yg saya dapat dari sebuah web kesihatanJ


Pencegahan
·         Menghapuskan vektor nyamuk pembawa denggi
·         Menghapuskan tempat takungan air (seperti bekas pasu bunga)
·         Pengguanaan ubat jentik-jentik
·         Gunakan kelambu
·         Fogging atau semburan  
      Yang paling penting pastikan kawasan kediaman anda sentiasa bersih dan sihat. :)


Islamic Widget