Sunday, October 31, 2010

2010 milik Kelantan

ALHAMDULILLAH....

   Segalanya terjawab semalam, apabila skuad kijang @ The Red Warriors muncul sebagai juara Piala Malaysia buat julung kalinya dalam sejarah bolasepak negara. Setelah 3 kali sebelum ini Kelantan berjaya ke final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009 dan hanya muncul naib johan, edisi 2010 keputusan yg dinanti-nantikan seluruh peminat fanatik Kelantan akhirnya diterjemahkan di atas padang semalam di hadapan lebih 60 000 penyokong setia wira merah.


   Bermula pada tahun lepas, skuad wira merah telah berhempas- pulas sehingga berjaya ke perlawanan final Piala FA dan Piala Malaysia namun tumbang di tangan Selangor serta N.Sembilan. Namun segalanya terus berubah semalam apabila Kelantan muncul sebagai pasukan ke-14 yg bakal membawa balik trofi Piala Malaysia ke bumi Kelantan. TAHNIAH dari paihkelate.blogspot.com @ penyokong setia TRW.


SOKONGLAH BOLA SEPAK TEMPATAN  :-) 

1 comment:

Islamic Widget