Thursday, April 8, 2010

Pintalan Awanan Putih

terharu melihat riak wajah orang tua mereka masing-masing yg datang dari jauh demi melihat anak-anak mereka menerima segulung kertas yang bernama ijazah...
telah jauh mereka menderu melintasi lebuhraya terpanjang di dalam negara, menongkah banjaran titiwangsa sambil melihat pintalan awanan yang memutih memenuhi segenap ruang bukit dan gunung di sepanjang perjalanan
demi anak mereka yang berjaya mengharukan mereka....aku teruja, menunggu saat ini
tidak sabar rasanya untuk menggembirakan mereka....walaupun kutahu aku takkan mampu untuk membalas jasa mereka dengan semua hasil pendapatan yang aku ada, namum aku mencuba dan bersyukur seadanya kerana dikurniakan orang tua...yang setia menjaga anaknya, sedia membela anaknya selamanya..
aku mengharap detik bahagia kan tiba jua...bahagia bersama mereka..ya Allah ku tunggu saat dan masa
tika dan ketika kami berbahagia....


MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2010


*aku jd ajk sambutan...hehe








#gmbr ni x de kaitan ngan tajuk post ini...

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget