Friday, April 23, 2010

DURI-DURI ZIONIS

    SEDIKIT PERKONGSIAN INFO




        Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan , menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselatan awam( Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri. Jumlah kakitangannya sekarang ialah 1200 orang sahaja.


      Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA , KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.




Antara operasi dan risikan yg dilakukan oleh MOSSAD isRAEL adalah:::---


#Pada 1960-an, Mossad telah mencuri pelan membina kapal terbang Perancis Mirage III bagi membangunkan kapal terbang Israel , Kfir.
#Tahun 1964 perisik Eli Cohen ditugaskan menyediakan laporan di Mesir dan Syria.Di Syria , dia menggunakan nama 'Kamel Amin Tsa'abet' dan aktif di Damsyik. Tetapi 1965 Eli Cohen telah dtangkap di Syria oleh perisik KGB ketika sedang mengendalikan radio frekuensi persendirian dan dihukum mati kerana kesalahan merisik . Dia membuat laporan risikan melalui radio frekuensi, surat rahsia dan melawat Israel.
#Membantu juruterbang tentera Iraq , Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah memandu pesawat MiG 21 milik Tentera Udara Iraq pada Israel. 


# Pelbagai lg operasi yg telah dilakukan oleh agen perisikan Israel ini termasuk pembunuhan tokoh-tokoh ISLAM HAMAS, Palestin, Mesir dan sebagainya....
                                                                   والله أعلم

Saturday, April 17, 2010

Sekadar...


Ahmad Harith, Nor Habibah ikon pelajar Melayu GPMS 2010

KUALA LUMPUR 15 April - Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010.
Pengiktirafan itu membolehkan Ahmad Harith dan Nor Habibah dilantik sebagai Duta GPMS bagi berkongsi petua kejayaan mereka dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Presiden GPMS, Jais Abd. Karim berkata, kedua-dua pelajar cemerlang tersebut merupakan pelajar Sekolah Agama Ma'ahad Muhammadi lelaki dan perempuan di Kota Bharu, Kelantan.
"Mereka akan menjelajah ke seluruh semenanjung bersama GPMS bagi berkongsi petua kejayaan dan berdialog dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
"Program jelajah tersebut akan bermula Mei ini dan kita menjangkakan ia selesai sepenuhnya sebelum peperiksaan SPM bermula," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia GPMS-Score A, di Universiti Malaya di sini hari ini.
Majlis pelancaran itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Sempena pengiktirafan itu, Ahmad Harith dan Nor Habibah menerima trofi dan watikah pelantikan.
Mengulas lanjut, Jais berkata, selain dilantik sebagai duta, pihaknya juga akan membantu kedua-dua pelajar berkenaan dari segi kewangan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Sunday, April 11, 2010

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN KELANTAN BERTERASKAN ISLAM


Modernization of Kelantan: Madinatur Raudhah & Bazaar Tok Guru





Projek yg bernilai lebih rm 185 juta ini dibina di sebuah tapak berdekatan dengan bulatan kijang mengandungi 2 komponen utama iaitu madinatur raudhah dan bazaar tok guru.
Mengandungi 3 blok apartmen dan sebuah hotel 5- bintang 144 buah bilik.
Juga mengandungi lot-lot pejabat, premis kedai dan bazar.
bakal menjadi bazar terbesar di pantai timur.




Lakaran artis apabila siap kelak...










Thursday, April 8, 2010

Pintalan Awanan Putih

terharu melihat riak wajah orang tua mereka masing-masing yg datang dari jauh demi melihat anak-anak mereka menerima segulung kertas yang bernama ijazah...
telah jauh mereka menderu melintasi lebuhraya terpanjang di dalam negara, menongkah banjaran titiwangsa sambil melihat pintalan awanan yang memutih memenuhi segenap ruang bukit dan gunung di sepanjang perjalanan
demi anak mereka yang berjaya mengharukan mereka....aku teruja, menunggu saat ini
tidak sabar rasanya untuk menggembirakan mereka....walaupun kutahu aku takkan mampu untuk membalas jasa mereka dengan semua hasil pendapatan yang aku ada, namum aku mencuba dan bersyukur seadanya kerana dikurniakan orang tua...yang setia menjaga anaknya, sedia membela anaknya selamanya..
aku mengharap detik bahagia kan tiba jua...bahagia bersama mereka..ya Allah ku tunggu saat dan masa
tika dan ketika kami berbahagia....


MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2010


*aku jd ajk sambutan...hehe








#gmbr ni x de kaitan ngan tajuk post ini...

Islamic Widget